Friday 21 November 2014

Posted by Unknown | File under :






Assalamualaikum wbt...
hari ini kita cerita tentang herb-lax untuk pelangsingan...

PERBEZAAN SHAKLEE...

Ramuan asas produk ini tediri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves , senna leaves , anise seed , blue malva flower , buckhorn bark , licorice root , rhubarb root , fennel seed dan culver's root.. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang..

FUNGSI HERB-LAX..


  1.  Pembersihan najis yang tersekat..
  2.  Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita..
  3. Membantu masalah sembelit..
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengambilkan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement ) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit..
  5. Mengempiskan perut..
  6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas , sebagai minuman teh herba..
NOTA :-

Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan.. Manakala dibawah kondisi normal , herb-lax menampakkan kesan tempoh 8-12 jam selepas pengambilan..

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses / pembuangan kembali normal..





Wednesday 19 November 2014

Posted by Unknown | File under :






Jabatan Perangkaan MALAYSIA..

Jabatan Perangkaan MALAYSIA sedang melaksanakan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 bermula pada Januari 2014 hingga Disember 2014..

Penyiasatan ini meliputi isi rumah yang tinggal di tempat kediaman persendirian yang melibatkan 83,456 isi rumah di seluruh Negara meliputi semua negeri dan daerah pentadbiran di MALAYSIA..

OBJEKTIF..
Objekrif utama Penyiasatan HIES adalah untuk :-


  1. Mengumpul maklumat pola taburan pendapatan isi rumah..
  2. Mengenai pasti golongan miskin:
  3. Mengenai pasti tahap kemudahan asas yang dinikmati oleh isi rumah di MALAYSIA..
  4. Membantu kerajaan dalam merancang dan mengesan pelaksanaan rancangan Pembangunan Negara khususnya dalam penyediaan Rancangan Malaysia..
  5. Mengumpul maklumat tentang paras dan pola perbelanjaan penggunaan isi rumah ke atas pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan;
  6. Menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang akan dimasukkan ke dalam bakul indeks Harga Pengguna (IHP): dan
  7. Mengemas kini wajaran IHP yang menentukan pengukur kepada kadar inflasi negara..
KEPENTINGAN DATA..

Data HIES ini amat penting kepada kerajaan dan agensi berkaitan dalam perancangan , pembangunan dan penggubalan dasar dan polisi Negara terutama dalam program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan yang lebih menyeluruh..

Selain daripada itu , data HIES menjadi indikator asas dalam pembentukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi penentuan golongan miskin dan miskin tegar , seterusnya data ini digunakan sebagai input kepada analisis taburan pendapatan dan perbelanjaan berkaitan dengan aktiviti ekonomi , pekerjaaan dan sebagainya..

 Hasil daripada penyiasatan ini juga , kerajaan dapat menyediakan pelbagai program dan pembangunan yang mana rakyat turut mendapat manfaat daripadanya seperti :-



  1.  Program-program ekonomi bagi menjana pendapatan terutamanya di kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan terendah 40%:
  2. Pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat;
  3. Pembangunan modal insan bagi meningkatkan kapasiti dan kapabiliti;
  4. Program pembanguann usahawan bagi meningkatkan peluang kepada mayarakat bagi menyertai pembangunan ekonomi: dan
  5. Program-program jaringan keselamatan sosial yang komprehensif bagi menangani isu berhubung kumpulan khusus seperti orang kurang upaya , ibu tunggal dan warga emas..
Bagi tujuan ini program pindahan tunai dan productive welfare telah diperkenalkan termasuk yang terbaru program bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) , Bantuan Persekolahan dan perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

MENGUKUR TABURAN PENDAPATAN RAKYAT..

Berdasarkan penemuan HIES 2012 menunjukkan bahawa negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020..

Petunjuk ke arah ini juga digambarkan oleh pengurangan Pekali Gini daripada 0.441 pada pekali Gini 0.431 pada 2012 , pengurangan Pekali Gini di bandar (0.423 kepada 0.417) dan luar bandar (0.407 kepada 0.382)..

Pekali Gini Bumiputera terus bertambah baik daripada 0.440 (2009) kepada 0.421 (2012) dan cina 0.425 (2009) kepada 0.422 (2012)..

Walau bagaimanapun , bagi india , Pekali Gini menunjukan peningkatan 0.424 (2009) kepada 0.443 (2012) iaitu mencerminkan peningkatan ketidaksamaan dalam kalangan masyarakat india..

Nilai pekali Gini berada antara 0 dan 1 , di mana 0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama , manakala nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang paling tidak saksama..

KAEDAH PENGUMPULAN DATA..

Kaedah pengumpulan data yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka..Pegawai dan anggota Jabatan yang terlibat dalam penyiasatan ini diberikan latihan khusus sebagai penemu ramah..Mereka akan melawat isi rumah di tempat kediaman terpilih bagi mengumpul maklumat berkaitan demografi , pendapatan , perbelanjaan dan kemudahan asas dengan menggunakan borang soal selidik..

Terdapat 3 jenis borang soal selidik yang digunakan dana penyiasatan ini iaitu :-
  1.  Penyiasatan Pendapatan , Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 (HIES)..
  2. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 (HIS/BA): dan
  3. Rekod Perbelanjaan Harian Isi Rumah (HES-2)..
PELAKSANAAN OPERASI PUNGUTAN DATA..

Untuk tempoh satu bulan , anggota isi rumah yang berusia 15 tahun dan keatas dikehendaki merekodkan perbelanjaan harian dan biasa mereka dalam diari yang direka khas (HES-2) . Dalam tempoh satu bulan tersebut , pegawai-pegawai kerja luar akan melawat isi rumah terpilih untuk membantu dalam merekodkan perbelanjaan mereka..

Penyiasatan ini meliputi isi rumah yang tinggal di tempat kediaman persendirian sahaja . Isi rumah institusi iaitu individu yang tinggal di asrama , hotel , hospital , rumah orang tua , berek tentera dan polis , penjara , rumah kebajikan dan institusi lain adalah dikecualikan daripada liputan penyiasatan..

KERJASAMA SEPENUHNYA DIHARAPKAN..

Sehingga Mei 2014 , kerjasama rakyat terhadap penyiasatan ini amatlah baik dengan penerimaan maklum balas adalah sebanyak 35,076 isi rumah terpilih..

Jabatan Perangkaan Malaysia berharap isi rumah yang terpilih dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai-pegawai Jabatan yang berkunjung ke tempat kediaman respoden yang terpilih..

Maklumat yang dikumpul mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan , 1965 (Disemak-1989). Seksyen 5 dibawah Akta ini mengkehendaki mana-mana responden di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan.. Mengikut Akta ini , Kandungan soal selidik yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini..

SELAMAT MEMBACA...
EIRA SHAKLEE...


Tuesday 18 November 2014

Posted by Unknown | File under :






Bahan-bahan :-

150 ml jus oren..
75 ml yogurt tanpa lemak..
1 sudu teh madu..
1 biji pisang - dibuang kulit sedikit kiub ais..
ceri merah..

Cara membuat :-

1--> Kisar jus oren dan pisang hingga hancur..
2--> Masukkan madu , yogurt dan kisar sekali lagi hingga sebati..
3--> Tuangkan ke dalam gelas , Bubuh kiub ais dan hiaskan dengan ceri merah hirisan limau..

SELAMAT MENCUBA..
EIRA shaklee..
Posted by Unknown | File under :





Assalamualaikum wbt...

Hari ini kita nak ceritakan tentang bahayanya makanan segera..

Malaysia adalah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum..Setiap kaum mempunyai adat resam dan budaya masing-masing..

Jadi tidak hairanlah jika negara ini terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional yang menarik dan enak seperti nasi lemak,asam laksa,char kuetiau,roti canai dan tosai..

Begitupun, kesibukkan masyarakat hari ini mengubah kecenderungan mereka terhadap pemilihan makanan harian..Jalan mudah dengan memesan makanan segera berbanding hidangan lengkap..

Fenomena ini mungkin wujud disebabkan kesuntukan masa dalam mengejar kehendak kerjaya,selain tempoh penyediaan makanan tradisi yang panjang berbanding hidangan segera..

Hakikatnya, makanan segera memang cepat disediakan serta mudah didapati di pasaran..

Menurut Dekker (2001) , makanan segera dikelaskan mengikut tahap kemudahan penggunaaya terhadap pengguna iaitu makanan sedia dumakan,makanan sedia dipanaskan,makanan sedia dimasak dan makanan terproses minimum..

Dalam atmosfera masyarakat yang sibuk mengejar kebendaan,masa menjadi fokus utama,apa lagi kepada golongan pekerja dengan tempoh rehat yang terhad..

Selain itu, faktor harga turut membawa tarikan hingga mereka tidak teragak-agak untuk memilih hidangan segera..

Mungkin ada kebaikan yang boleh disenaraikan daripada pengambilan makanan segera seperti penjimatan masa, kemudahan pandu lalu , enak serta merangsang selera ramai..

Begitupun, pengambilan makanan segera harus dikurangkan kerana ia tetap mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi..

Dalam keseronokan kita menikmati makanan segera, banyak kesan negatif yang sepatutnya didedahkan kepada masyarakat..

Antara keburukan paling, ketara hidangan sebegini boleh mencetuskan masalah kegemukan bagi setiap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak..

Kajian Jason CG Halford , Emma J Boyland , Georgina M Hughes , Leanne Stacey , Sarah McKean dan Terence M Dovery (2008) jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan akan meminta makanan yang lebih banyak disebabkan pendedahan iklan makanan segera..

Ini menunjukan kanak-kanak mudah menghadapi masalah obesiti sekiranya terhadap hidangan segera..

Kegemukan akibat makanan segera pula boleh menimbulkan masalah kesihatan kronik hingga mengancam nyawa..

Sakit jantung , kolesterol tinggi , dan diabetes antara masalah kerap dihadapi penggemar makanan segera dan boleh membawa maut..

Menurut Bhattacharyya (2008), makanan segera mengandungi kurang khasiat vitamin , protien , dan mineral tetapi tinggi sodium dan bahan tambahan lain yang memudaratkan..

Ini bukan saja mengancam orang dewasa , malah kanak-kanak turut terdedah kepada risiko sama..

Oleh kerana itu , masyarakat tempatan digesa menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan segera dalam diet harian..

Sedar atau tidak amalan permakanan masyarakat tempatan hari ini boleh berubah sekelip mata dengan menonton iklan makanan segera di televisyen..

Pengaruh mainan atau ganjaran sampingan pula begitu mudah menarik perhatian kanak-kanak hingga terjebak dalan tabiat makan yang buruk..

Justeru , ada eloknya jika semua pihak mengingatkan antara satu dengan lain supaya kekerapan pengambilan makanan segera dapat dikawal untuk jaminan kesihatan yang baik , sekali gus memelihara populariti hidangan Malaysia..

EIRA sHAKLee...
selamat membaca..
Posted by Unknown | File under :
Assalamualaikum wbt , selamat pagi semua ..

Ramai pengguna berpuas hati dengan produk shaklee..Ia mengandungi 'ramuan yang hebat seperti Vitamin C , Vitamin E & collagen..Sesuai untuk lelaki dan perempuan..Setakat ini saya sendiri consume Vita C dan ESP shaklee..Perubahan agak ketara selepas consume vita C,mencantikkan kulit wajah,membantu merangsang pembentukkan kolagen,membantu mencegah gusi berdarah,kulit kering,ruam & kulit kasar..membantu memulihkan luka dengan cepat,membantu meningkatkan sistem imunasi badan,mengurangkan kolesterol dalam darah,membantu sel-sel kanser..Lihat sekarang banyakkan fungsi-fungsi Vita C ??.. Eira consume vita C untuk kekal sihat,seperti sering kena selesema,dan demam..Manakala,batuk pula jarang kena..Untuk meningkatkan imunasi Eira akan mengambil 2 biji vita C then patahkan sudah tentu menjadi 4 biji kan,dengan 4 biji tu la Eira telan masa demam,dan selesema..Nak tahu sebab ape??..Boleh aje,ambil 2 biji vit C, gigit dua-dua tu sebelum telan boleh tingkatkan imune system,fungsi gigit tu supaya kita serap 1000mg vit C takde da penyerapan berperingkat dah..Kalau tak nak gigit patahkan je bukan kunyah ye asalkan terpatah dan telan semua..ESP shaklee pula fungsi-fungsi ia adalah seperti ini :-

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:
1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.
 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.
 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.
 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.
 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


DAN untuk anda semua bahawa shaklee bukan sahaja untuk cantik,sihat serta sekeliling anda juga boleh guna kan produk shaklee contoh seperti pencuci muka dan pencuci lantai,yang paling hebat sekali adalah serbuk pencuci kain...Jika anda inginkan produk shaklee boleh hubungi saya..sekian terima kasih.. selamat mencuba produk terbaikk dunia ..

Sunday 16 November 2014

Posted by Unknown | File under :










 Sebagai remaja anda pasti tercari-cari tip terbaik dalam hal penjagaan kecantikan...



Assalamualaikum wbt...
Buruk padah picit jerawaat
FAKTA !..

Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat begitu saja tidak mahu ia di jangkiti bakteria.Jika diusik,ia boleh merebak ke permukaan lain atau membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.Memicit jerawat hanya menyebabkan jangkitan merebak ke permukaaan lain,lalu menambahkan lagi bilangan jerawat di kulit.Bersihkan kulit dengan betul biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.


Tak bagus kongsi alat solek..
FAKTA !..

Ia  terbukti bahawa alat solek yang dikongsi sebernanya menyebabkan pengguna berkongsi bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit,Jadi,Cuba elakkan daripada meminjam sebarang alat solek seperti gincu atau bedak muka jika mahu selamat..

Selain itu, jangan gunakan alat solek yang dijadikan penguji,sebaliknya hanya gunakan alatan solek milik sendiri.Berikan perhatian serius mengenai hal ini jika tidak mahu untuk bertukar-tukar kuman dengan orang lain !..

Kerap cuci muka lebih baik
AUTA !..

Kerap kali mencuci muka menyebabkan kekeringan dalam jangka masa panjang.Ini kerana bahan dalam pencuci akan menyahkan penghalang semula jadi yang melindung kulit daripada kesan alam sekitar seperti habuk.Pencuci yang betul adalah dua kali sehari iaitu siang dan malam,cukup untuk menjaga kulit dengan baik..

Ubat gigi boleh hilangkan jerawat
FAKTA !..

Adakah ubat gigi boleh menghilangkan jerawat,bergantung kepada bahannya yang boleh mengeringkan kulit.Gunakan ke atas permukaan jerawat saja,Ubat gigi membantu untuk mengeringkannya,sekali gus mempercepatkan proses pemulihan ..

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit lalu menyebabkan ia kering dan mengelupas,Jadi pastikan anda sapukan di kawasan yang kecil saja iaitu bahagian yang bermasalah..

WALAUbagaimanaPUN,
SAYA sarankan anda GUNA sHAKLEE...

PRODUK yang terbaikk di DUNIA..
Pasti anda akan jatuh cinta...!!

--> GLA n ZINC complex ,dan vita C
--> If anda berjerawat di sebabkan alergi boleh consume alfafa dengan zinc complex..

Fungsi2 vita C
--> Vitamin untuk mencantikkan kulit wajah membantu merangsang pembentukkan kolagen..
--> Membantu mencegah gudi berdarah lebam dikulit , kulit kering , ruam & kulit kasar..
--> Membantu memulih luka dengan cepat.
--> Membantu meningkatkan sistem imunasi badan..
--> Membantu mengurangkan selesema..
--> Membantu isomnia & stress..
--> Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah..
--> Membantu melawan sel-sel kanser..

Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

-->Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.



--> Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

--> Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

--> Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

 -->Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

-->Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat 

.-->Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.



* GLA..
--> Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashe,insomnia,depresi, ketidakhadaman.Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan mengetatkan uterus,memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda..
--> Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema , alergi , kegatalan kulit kering , memperbaiki bintik penuaan , tinea , kurap , Ianya meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma , artritis..

Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri
Membantu menangani  eczema
Melegakan symptom Rhematoid Artritis
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan immuniti badan
Mempelahankan proses penuaan

ALFAFA..
Apa healing crisis yang di alami
--> Jearawat
-->Pening kepala
-->Bintik-bintik kecil
-->Hidung berair
-->Gatal-gatal

ia merupakan proses penyembuhan yang biasa. Disebabkan Alfafa complex bertindak sebagai detox , ia mengeluarkan segala toksin di awal pengambilan Alfafa complex.. Jangan bimbang..

Anda perlu ikut peraturan yang di tetapkan
* Minum air kosong dengan banyak.Seelok-eloknya minum 1 liter air kosong bagi setiap 25kg berat badan . Contoh berat badan 50kg, air yang perlu minum sebanyak 2 liter..
*Mula-mula ambil dos yang rendah.. mulakan 2-3 biji sekali ambil..Dos maksima yang ditulis pada botol Alfafa complex ialah 10 biji sehari.. Jangan makan 10 biji terus nanti sakit perot..

Kebaikan ALfafa..
--> Membantu masalah penghadaman dan percernaan..
--> Resdung
--> Alergi
--> Melegakan sakit sendi dan belakang
--> Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
--> Memberi sensasi rasa sejuk 'Alfafa shaklee mengandungi minyak peppermint'
--> Merawat arthitis
--> Bagus untuk elergi dan eczema
--> Merawat asma
--> Mencuci usus bagi membuang toksin
--> Merawat masalah keputihan pada wanita
--> Melegakan sembelit









Saturday 15 November 2014

Posted by Unknown | File under :






Akibat harga rokok naik. Subuh sopie seorang isteri berleter dgn suami nya yg kaki rokok:
Isteri: sehari berapa kotak abg hisap rokok? Yang saya pasti sekotak tak cukup.
Suami: kira sekotaklah tu. Kenapa?
Isteri: dah berapa lama abg hisap rokok?
Suami: dah 41 tahun sejak 1973, kenapa ni?
Isteri: hah rokok dah naik harga ni dah RM13.50 sekotak eloklah berhenti merokok dan simpan duit rokok tu.
Sehari RM13, Sebulan RM390, setahun RM4680, klu 10 tahun RM46,800 dah blh boli dua buah kancil cash tu.
Suami: kau hisap rokok tak?
Isteri: hissh ke situ plak, sei mano ponah hisap rokok, boli jauh sokali.
Suami: habih tu mano keto kancil kau?

Thursday 13 November 2014

Posted by Unknown | File under :

Makan.. Tido..
Nak Exercise Tak de Masa.. & Malas Nak Keluar Rumah
- Kolesterol makin banyak, 
- Berat semakin naik
- Mudah letih.. Tak de stamina..
- Perut pula makin buncit dan berlemak !!
Kini Kami Akan Bantu Selesaikan Masalah Anda Dengan 1 set kurus..
✔ Membakar lemak dan kalori dengan pantas
✔ Membantu menghalang pembentukan lemak
✔ Mengenyangkan dan menambah tenaga
✔ Meningkatkan metabolisma dengan selamat
✔ Membuang toksin dalam badan 
✔ Mengurangkan inci badan
✔ Tak perlu senaman berat
✔ Harga Mampu Milik !
serius untuk anda yg ingikn perubahan pm me now!... terima kasih
--> ESP,HERBLAX,OR ALFAFA,DAN LECITHIN...
KALAU NAK LAGI baguss cinch... 
Posted by Unknown | File under :


ANDA ade masalah rabun??..jangan risau ‪#‎SHAKLEE‬
BOLE BANTU ANDA  dengan consume ‪#‎carotomax‬ ...
caro_sebernanya carot.. Sumber Vitamin A dari buah & sayuran
->menghalang kanser
->menghalang penuaan
->membina semula sel yg rosak
->menguatkan imuniti badan
->membina sel darah putih
->menggalakkan kesihatan mata,prostat,serviks,paru2,& JANTUNG..
(JAGA LA MATA ANDA)


selain itu,setiap pagi kita perlu melihat tumbuh-tumbuhan yang hijau dapat merawat mata kita
daripada masalah rabun..
Posted by Unknown | File under :

 anda ada masalah rambut??...gugur??..
jangan risau shaklee boleh tolong anda.. rambut gugur anda boleh consume zinc complex dengan ESP..
manakala pula untuk shampoo anda boleh guna
-->Revitalizing shampoo.
-->Lightweight conditioner.

Masalah rambut bermula dengan kulit kepala..

Dengan keadaan optima kulit kepala,rambut anda akan mengalami kitaran semulajadi yang terdiri dari fasa-fasa aktif dan rehat. Walaubagaimanapun  kesan biasa stres dalaman dan luaran mampu menutup atau menekan folikel rambut,memendekkan fasa aktif bebuli rambut dan keadaan ini akan mempengaruhi lebih banyak bebuli mangalami fasa berehat lanjutan.Lama-kelamaan,hasilnya adalah rambut halus,lemah dan sukar diurus.

Kerosakkkan akibat proses dan mendandan.Bahan kimia dari pewarna,perm dan pelurus,ditambah dengan haba dari alat pendandan akan menjadikan rambut rosak dan poros,pecah dan regang,kusam dan pincang.

2. Serangan dari alam sekitar.Cuaca yang ektrim,cahaya UV dari matahari dan cahaya dalaman,dan pelbagai pencemaran udara dan air mampu menekan folikel dan merosakkan rambut,menjadikan lemah da mudah pecah.

3. Stres Fizikal. Stres fizikal seharian akan menyebabkan folikel rambut kekurangan zat dan 'letih' menjurus kepada semakin banyak rambut yang 'berehat' da rambut yang kurus,nipis dan rapuh.

4. Kerosakkan oksidatif. Jika tidak dibendung,radikal bebas akan memulakan pelbagai kerosakkan,ketidakselesaan dan kurang cantik,gatal-gatal atau beminyak berlebihan.

Setiap rambut memerlukan rutin berbeza didalam mencuci,pemulihan keadaan dan perlindungan dari kerosakkan agar dapat rasa dan kelihatan hebat didalam setiap jenis musim dan didalam setiap jenis cuaca.Direka untuk tidak menanggalkan warna atau kelembapan dari rambut,setiap produk ProSante menampilkan Scalp Health Complex shaklee yang eksklusif,satu formulasi klinikal, ramuan 10 vitamin,mineral dan herba yang amat derma-tersedia.Digunakan sebagai satu sistem lengkap,Prosante menyokong kulit kepala yang optimum sihat dan volumized dan rambut yang kelihatan hebat.



Posted by Unknown | File under :

Mealshake iceblended

1.Sedikit ais batu dan air...

2.Mealshake ikut banyak mana anda nak..2 sudu besar or kecik pun sudah memandai..

3.kalau nak lagi sedap tambah dengan strawberi nyum3..sangat sedap kegemaran kanak2..

Tuesday 11 November 2014

Posted by Unknown | File under :




Assalamualaikum... sekadar lawak ye..

ISTERI :- Buat ape tu bang?
SUAMI :- Tak mau bagi orang buli anak kita,dekat sekolah
ANAK :- Terkejut beruk,hahaha..

Posted by Unknown | File under :
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

7 KRITERIA OMEGA

1- FUNGSI @ MANFAAT

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

2- SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

3- PERBEZAAN SHAKLEE

✿Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan oemga guard.

✿Kebanyakan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Ini akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Sebab itu penting dapatkan gred farmaseutikal.

PROSES PENYULINGAN 3 MOLEKUL untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkir bahan berbahaya seperti:
~ Plumbum
~ Merkuri
~ Arsenik
~ Kadmium
~ Dioksin
~ PCB

Kebanyakan omega di pasaran melalui proses penyulingan sekali atau dua kali molekul sahaja berbanding shaklee 3 kali tu.

4- SIMPTOM KEKURANGAN

ANTARANYA:-

- kelesuan
- lemah ingatan
- kulit kering
- tekanan dan perubahan mood (mood swing)
- peredaran darah perlahan
- masalah jantung
- diabetes

5- SUMBER MAKANAN

Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

6- DOS PENGAMBILAN

Untuk kanak-kanak memadai 1 biji sehari manakala dewasa 3 biji 2 @ 3 kali sehari selpas makan.

7- PANDUAN PILIH

Omega Guard dihasilkan daripada minyak ikan tulen bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard di ekstrak dari ikan laut air sejuk

Berikut ialah 3 KRITERIA PENTING

• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Shaklee menggunakan teknologi terkini "ultrapure pharmaceutical grade" iaitu proses penyulingan 3 molekul dan tekanan rendah proses penyulingan bagi mengekstrak minyak ikan Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Semasa proses ini semua bahan-bahan tercemar termasuk plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCDs dikeluarkan.

• Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.

• Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Posted by Unknown | File under :






Tengah syok buat page Vitamin untuk Sihat.. Tetibe EIRA tanya mak.. Ceritanya macam ni..

EIRA:- Mak.,hari ni hari selasa ke mak??

EMAK:- Kau dah kenapa alang hari pun dah tak ingat..

EIRA:- Hari ni ada pasar malam kan mak?..(dalam hati memang sah2 kena makan omega)..

EMAK:- Tak payah pergi da ada makanan..

EIRA:- Tengok jam..,then terus pergi dekat mak makan.

EMAK:- Alang sejak bila lalat hinggap dekat pipi kau?..

EIRA:- Mak ni tak kan la nak buat sendiri.. da semula jadi tak kan mak tak perasan..

Emak:- Cantik tak muka mak.. alang??

EIRA:- HAHAHA.. masker kena pakai dalam seminggu 2 kali ja..

EMAK:- Usyik2 pipi dia..

EIRA:- ahahaha.. apa salahnya mak cantik, anak cun..

EMAK:- Tengok la..MAK siapa

EIRA:- Jam pukul berapa mak.

EMAK:- Diam ja..

 EIRA:-???...hari lupa jam pun tak sempat tengok busy sangat sekarang ni..

EMAK:- Terus pergi dapur..

Posted by Unknown | File under :



Assalamualaikum wbt.. Semenjak EIRA consume Vita C,masalah seperti demam,batuk,selesema makin berkurang..EIRA senang kena selesema pantang bersin ja mesti selesema sebab tu la EIRA consume Vita C untuk kesihatan EIRA juga..Selain itu,bukan sahaja untuk selesema,batuk,dan demam untuk kulit kekal sihat pun boleh juga yang paling special tu alergi pun sesuai juga..Makan VITA C selepas makan 2 biji untuk kesihatan..Kalau nak masker kena tambah dengan ESP shaklee la baru jadi..Ataupun ambil 1 set kulit cantik..Jika anda pentingkan kesihatan dan kecantikan consume la shaklee memang terbaik.. Supplement semula jadi malah selamat untuk semua..