Tuesday 18 November 2014

Posted by Unknown | File under :





Assalamualaikum wbt...

Hari ini kita nak ceritakan tentang bahayanya makanan segera..

Malaysia adalah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum..Setiap kaum mempunyai adat resam dan budaya masing-masing..

Jadi tidak hairanlah jika negara ini terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional yang menarik dan enak seperti nasi lemak,asam laksa,char kuetiau,roti canai dan tosai..

Begitupun, kesibukkan masyarakat hari ini mengubah kecenderungan mereka terhadap pemilihan makanan harian..Jalan mudah dengan memesan makanan segera berbanding hidangan lengkap..

Fenomena ini mungkin wujud disebabkan kesuntukan masa dalam mengejar kehendak kerjaya,selain tempoh penyediaan makanan tradisi yang panjang berbanding hidangan segera..

Hakikatnya, makanan segera memang cepat disediakan serta mudah didapati di pasaran..

Menurut Dekker (2001) , makanan segera dikelaskan mengikut tahap kemudahan penggunaaya terhadap pengguna iaitu makanan sedia dumakan,makanan sedia dipanaskan,makanan sedia dimasak dan makanan terproses minimum..

Dalam atmosfera masyarakat yang sibuk mengejar kebendaan,masa menjadi fokus utama,apa lagi kepada golongan pekerja dengan tempoh rehat yang terhad..

Selain itu, faktor harga turut membawa tarikan hingga mereka tidak teragak-agak untuk memilih hidangan segera..

Mungkin ada kebaikan yang boleh disenaraikan daripada pengambilan makanan segera seperti penjimatan masa, kemudahan pandu lalu , enak serta merangsang selera ramai..

Begitupun, pengambilan makanan segera harus dikurangkan kerana ia tetap mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi..

Dalam keseronokan kita menikmati makanan segera, banyak kesan negatif yang sepatutnya didedahkan kepada masyarakat..

Antara keburukan paling, ketara hidangan sebegini boleh mencetuskan masalah kegemukan bagi setiap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak..

Kajian Jason CG Halford , Emma J Boyland , Georgina M Hughes , Leanne Stacey , Sarah McKean dan Terence M Dovery (2008) jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan akan meminta makanan yang lebih banyak disebabkan pendedahan iklan makanan segera..

Ini menunjukan kanak-kanak mudah menghadapi masalah obesiti sekiranya terhadap hidangan segera..

Kegemukan akibat makanan segera pula boleh menimbulkan masalah kesihatan kronik hingga mengancam nyawa..

Sakit jantung , kolesterol tinggi , dan diabetes antara masalah kerap dihadapi penggemar makanan segera dan boleh membawa maut..

Menurut Bhattacharyya (2008), makanan segera mengandungi kurang khasiat vitamin , protien , dan mineral tetapi tinggi sodium dan bahan tambahan lain yang memudaratkan..

Ini bukan saja mengancam orang dewasa , malah kanak-kanak turut terdedah kepada risiko sama..

Oleh kerana itu , masyarakat tempatan digesa menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan segera dalam diet harian..

Sedar atau tidak amalan permakanan masyarakat tempatan hari ini boleh berubah sekelip mata dengan menonton iklan makanan segera di televisyen..

Pengaruh mainan atau ganjaran sampingan pula begitu mudah menarik perhatian kanak-kanak hingga terjebak dalan tabiat makan yang buruk..

Justeru , ada eloknya jika semua pihak mengingatkan antara satu dengan lain supaya kekerapan pengambilan makanan segera dapat dikawal untuk jaminan kesihatan yang baik , sekali gus memelihara populariti hidangan Malaysia..

EIRA sHAKLee...
selamat membaca..

0 comments:

Post a Comment