Wednesday 19 November 2014

Posted by Unknown | File under :






Jabatan Perangkaan MALAYSIA..

Jabatan Perangkaan MALAYSIA sedang melaksanakan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 bermula pada Januari 2014 hingga Disember 2014..

Penyiasatan ini meliputi isi rumah yang tinggal di tempat kediaman persendirian yang melibatkan 83,456 isi rumah di seluruh Negara meliputi semua negeri dan daerah pentadbiran di MALAYSIA..

OBJEKTIF..
Objekrif utama Penyiasatan HIES adalah untuk :-


  1. Mengumpul maklumat pola taburan pendapatan isi rumah..
  2. Mengenai pasti golongan miskin:
  3. Mengenai pasti tahap kemudahan asas yang dinikmati oleh isi rumah di MALAYSIA..
  4. Membantu kerajaan dalam merancang dan mengesan pelaksanaan rancangan Pembangunan Negara khususnya dalam penyediaan Rancangan Malaysia..
  5. Mengumpul maklumat tentang paras dan pola perbelanjaan penggunaan isi rumah ke atas pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan;
  6. Menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang akan dimasukkan ke dalam bakul indeks Harga Pengguna (IHP): dan
  7. Mengemas kini wajaran IHP yang menentukan pengukur kepada kadar inflasi negara..
KEPENTINGAN DATA..

Data HIES ini amat penting kepada kerajaan dan agensi berkaitan dalam perancangan , pembangunan dan penggubalan dasar dan polisi Negara terutama dalam program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan yang lebih menyeluruh..

Selain daripada itu , data HIES menjadi indikator asas dalam pembentukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi penentuan golongan miskin dan miskin tegar , seterusnya data ini digunakan sebagai input kepada analisis taburan pendapatan dan perbelanjaan berkaitan dengan aktiviti ekonomi , pekerjaaan dan sebagainya..

 Hasil daripada penyiasatan ini juga , kerajaan dapat menyediakan pelbagai program dan pembangunan yang mana rakyat turut mendapat manfaat daripadanya seperti :-



  1.  Program-program ekonomi bagi menjana pendapatan terutamanya di kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan terendah 40%:
  2. Pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat;
  3. Pembangunan modal insan bagi meningkatkan kapasiti dan kapabiliti;
  4. Program pembanguann usahawan bagi meningkatkan peluang kepada mayarakat bagi menyertai pembangunan ekonomi: dan
  5. Program-program jaringan keselamatan sosial yang komprehensif bagi menangani isu berhubung kumpulan khusus seperti orang kurang upaya , ibu tunggal dan warga emas..
Bagi tujuan ini program pindahan tunai dan productive welfare telah diperkenalkan termasuk yang terbaru program bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) , Bantuan Persekolahan dan perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

MENGUKUR TABURAN PENDAPATAN RAKYAT..

Berdasarkan penemuan HIES 2012 menunjukkan bahawa negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020..

Petunjuk ke arah ini juga digambarkan oleh pengurangan Pekali Gini daripada 0.441 pada pekali Gini 0.431 pada 2012 , pengurangan Pekali Gini di bandar (0.423 kepada 0.417) dan luar bandar (0.407 kepada 0.382)..

Pekali Gini Bumiputera terus bertambah baik daripada 0.440 (2009) kepada 0.421 (2012) dan cina 0.425 (2009) kepada 0.422 (2012)..

Walau bagaimanapun , bagi india , Pekali Gini menunjukan peningkatan 0.424 (2009) kepada 0.443 (2012) iaitu mencerminkan peningkatan ketidaksamaan dalam kalangan masyarakat india..

Nilai pekali Gini berada antara 0 dan 1 , di mana 0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama , manakala nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang paling tidak saksama..

KAEDAH PENGUMPULAN DATA..

Kaedah pengumpulan data yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka..Pegawai dan anggota Jabatan yang terlibat dalam penyiasatan ini diberikan latihan khusus sebagai penemu ramah..Mereka akan melawat isi rumah di tempat kediaman terpilih bagi mengumpul maklumat berkaitan demografi , pendapatan , perbelanjaan dan kemudahan asas dengan menggunakan borang soal selidik..

Terdapat 3 jenis borang soal selidik yang digunakan dana penyiasatan ini iaitu :-
  1.  Penyiasatan Pendapatan , Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 (HIES)..
  2. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 (HIS/BA): dan
  3. Rekod Perbelanjaan Harian Isi Rumah (HES-2)..
PELAKSANAAN OPERASI PUNGUTAN DATA..

Untuk tempoh satu bulan , anggota isi rumah yang berusia 15 tahun dan keatas dikehendaki merekodkan perbelanjaan harian dan biasa mereka dalam diari yang direka khas (HES-2) . Dalam tempoh satu bulan tersebut , pegawai-pegawai kerja luar akan melawat isi rumah terpilih untuk membantu dalam merekodkan perbelanjaan mereka..

Penyiasatan ini meliputi isi rumah yang tinggal di tempat kediaman persendirian sahaja . Isi rumah institusi iaitu individu yang tinggal di asrama , hotel , hospital , rumah orang tua , berek tentera dan polis , penjara , rumah kebajikan dan institusi lain adalah dikecualikan daripada liputan penyiasatan..

KERJASAMA SEPENUHNYA DIHARAPKAN..

Sehingga Mei 2014 , kerjasama rakyat terhadap penyiasatan ini amatlah baik dengan penerimaan maklum balas adalah sebanyak 35,076 isi rumah terpilih..

Jabatan Perangkaan Malaysia berharap isi rumah yang terpilih dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai-pegawai Jabatan yang berkunjung ke tempat kediaman respoden yang terpilih..

Maklumat yang dikumpul mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan , 1965 (Disemak-1989). Seksyen 5 dibawah Akta ini mengkehendaki mana-mana responden di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan.. Mengikut Akta ini , Kandungan soal selidik yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini..

SELAMAT MEMBACA...
EIRA SHAKLEE...


0 comments:

Post a Comment